Sunday 7 December 2014


  •   Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
·         perkataan dengan perkataan ·
·         rangkai kata dengan rangkai kata ·
·         ayat dengan ayat.

  •   Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
                        (a) kata hubung gabungan,             
                        (b) kata hubung pancangan,
                        (c) kata hubung berpasangan.

  •   Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta
          penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Tunggal.
Contoh
Contoh Ayat
agar

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila

Mukanya pucat apabila disoal.

atau

Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa

Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan

Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga

Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika

Saya berpayung jika hujan.

sambil

Zalifah bernyanyi sambil menari.

 manakala

Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
        Kata Hubung Berpasangan.

Contoh

Contoh Ayat

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan sama- sama bergotong - royong membersihkan balai raya itu.

Baik- baik


Baik Daud baik adiknya sama sama pintar.

Kian – kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada – ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.

Sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


  •      Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

dan
hingga
lalu
ketika
dengan
yang
tetapi
jika
kerana
serta
kalau
kemudian
agar
demi
supaya
atau


  •      Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semoga

seketika

sebaliknya

sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
meskipun
bagaimanapun
jikalau
semasa
seharusnya
sementara
padahal



  •     Contoh Ayat

1.     Menggabungkan dua ayat

Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2.     Menggabungkan dua rangkai kata .

Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3.     Menggabungkan ayat-ayat .

Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Apa maksud blog?
   Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.

Kepentingan blog kepada guru .
      Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita.
Blog juga, boleh menjadi laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam blog.


kepentingan blog kepada pelajar.
     Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang membina.
Dapat meningkatkan minat belajar kepada para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog, pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Hal ini kerana, mereka boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Konsep pembelajaran seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di luar waktu sekolah.
   Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.
Dapat memperkenalkan teknologi terkini kepada pelajar. Blog merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru dan harus digunakan secara meluas sebagai alat bantuan pembelajaran kepada guru selain menjimatkan masa untuk mengajar. Sebarang maklumat yang baru dan berfaedah dapat diakses secara terus melalui blog yang dibuat oleh guru. Pelajar tidak perlu lagi untuk membuat ulangkaji secara bersendirian tanpa memperolehi maklumat yang lengkap
Blog membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, bukannya melalui khabar angina
Blog juga boleh melatih pelajar menulis dalam pelbagai bahasa yang mereka sukai. Setiap info yang ditulis dalam blog boleh dikritik dan menjadikan pelajar yang menulis dalam blog lebih matang dari segi penulisan. Pelajar akan lebih tertarik untuk memaparkan hasil penulisan dan karya mereka ke dalam blog bagi menjadi tatapan umum.
Blog juga boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru.  Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah
Selain itu,blog turut mempunyai kelebihan lain seperti :
Menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.  Membolehkan pelajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs.  Boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.


Penutup .

  Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.