Apa maksud blog?
Blog merupakan satu portal online yang
digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep
blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan
tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman
sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan
remaja terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan
dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog
mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan
pelajar.
Kepentingan blog
kepada guru .
Guru
boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru
juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan
dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui
cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang
masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia
ada di negara kita.
Blog juga, boleh menjadi
laman untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan sekolah tempat mereka
bertugas. Melalui blog juga, guru boleh mendapatkan teknik-teknik pengajaran
yang lebih baik dan boleh dipraktikkan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru dapat
bertukar informasi dan pengetahuan dengan guru-guru lain melalui tulisan dalam
blog.
kepentingan blog
kepada pelajar.
Mendorong pelajar untuk berkongsi sesuatu
maklumat dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Melalui blog, pelajar dapat
berkongsi pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat dan lain-lain dengan
menggunakan tulisan, gambar, mahupun maklumat berbentuk video. Blog merupakan
laman untuk mencoretkan idea yang terpendam selain menjadi laman untuk
berkarya. Idea dan karya yang baik boleh diiktiraf agar pelajar lebih terdorong
untuk meluahkan apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penghargaan tidak hanya
berbentuk material bahkan, boleh juga berbentuk pujian serta kritikan yang
membina.
Dapat meningkatkan minat
belajar kepada para pelajar. Remaja merupakan golongan yang gemar untuk mencuba
sesuatu yang baru dan lebih suka belajar di luar bilik darjah. Melalui blog,
pelajar tidak mudah jemu untuk belajar dan membaca. Hal ini kerana, mereka
boleh melayari internet sekiranya telah penat belajar. Konsep pembelajaran
seperti ini membuatkan pelajar lebih gemar belajar walaupun di luar waktu sekolah.
Pelajar dapat menjimatkan masa untuk
berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa
untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu,
perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh
diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu
perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu
pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam.
Dapat memperkenalkan
teknologi terkini kepada pelajar. Blog merupakan satu kaedah pembelajaran yang
baru dan harus digunakan secara meluas sebagai alat bantuan pembelajaran kepada
guru selain menjimatkan masa untuk mengajar. Sebarang maklumat yang baru dan
berfaedah dapat diakses secara terus melalui blog yang dibuat oleh guru.
Pelajar tidak perlu lagi untuk membuat ulangkaji secara bersendirian tanpa
memperolehi maklumat yang lengkap
Blog
membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh
berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat
mengetahui teknk belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara
yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan
keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul,
bukannya melalui khabar angina
Blog juga boleh melatih
pelajar menulis dalam pelbagai bahasa yang mereka sukai. Setiap info yang
ditulis dalam blog boleh dikritik dan menjadikan pelajar yang menulis dalam
blog lebih matang dari segi penulisan. Pelajar akan lebih tertarik untuk
memaparkan hasil penulisan dan karya mereka ke dalam blog bagi menjadi tatapan
umum.
Blog juga boleh mempercepatkan
proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar
tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi
pembelajaran yang baru. Cara
pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar
semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara
yang tidak berfaedah
Selain itu,blog turut
mempunyai kelebihan lain seperti :
Menggalakkan perkembangan bahasa
terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis. Membolehkan pelajar membiasakan diri dengan
aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta
kod ccs. Boleh mengkritik bentuk
penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.
Penutup .
Blog seharusnya diketengahkan sebagai satu
bentuk pendidikan yang baru di negara kita. Kepentingan blog dalam institusi
pendidikan memang jelas terbukti. Pihak yang berwajib harus menjalankan peranan
mereka agar mutu pendidikan di negara kita dapat ditingkatkan. Ibu bapa
haruslah sentiasa peka dalam pendidikan anak-anak mereka. Setiap kebaikan dan
keburukan boleh ditentukan oleh diri sendiri. Jadi, keburukan sesuatu perkara
adalah kecil berbanding kepentingan yang dibawa dalam sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment